Ambil pesanan di tablet atau telefon, terima bayaran dan cetak resit melalui Bluetooth. Bila internet putus, pesanan disimpan dalam peranti dan dihantar semula bila talian pulih.
Satu akaun untuk kaunter, back office, stok dan kehadiran pekerja. Semua berjalan dalam pelayar web; tiada aplikasi untuk dipasang.
Setiap kaunter ada pautan dan kod QR sendiri. Imbas di tablet, luluskan peranti itu dari back office, dan pekerja masuk dengan PIN.
Pesanan disimpan dalam peranti bila talian putus dan dihantar ke pelayan bila talian pulih. Pesanan yang sama tidak direkod dua kali.
Pilih produk, kategori, diskaun dan kaedah bayaran yang dijual di setiap cawangan. Laporan boleh ditapis ikut cawangan.
Bila Nasi Lemak dijual, beras, santan dan telur ditolak ikut resipi. Terima stok, pindah antara cawangan dan buat stocktake.
Ringkasan, produk, kategori, pekerja, kaedah bayaran, tambahan, resit, diskaun dan cukai, untuk mana-mana julat tarikh.
Pekerja clock in dengan PIN pada pautan cawangan. Boleh dihadkan supaya hanya berfungsi dalam radius kedai.
Semua ciri dibuka sepanjang 3 bulan percubaan. Selepas itu RM29.90 sebulan untuk teruskan.
Untuk akaun baharu.
Selepas percubaan tamat. Batal bila-bila masa.
Daftar dengan e-mel. Cawangan pertama dicipta untuk anda.